Pages

Sunday, 23 September 2018

Perbezaan mengandung anak pertama dan kedua


💙Assalammualikum 💙



Alhamdulillah minggu ni kandungan sis dah genap 25 minggu😘. Pejam celik pejam celik lagi 3 bulan je lagi nak terima insan baru dalam hidup kami. Syukur ke hadrat ilahi diatas nikmat yang diberi ini dan segala kemudahan yang ternyata banyak sangat berbanding masa mengandung kali pertama dulu.


As per topic, perbezaan mengandung anak pertama dan kedua..semua ibu-ibu masing2 mempunyai pengalam yang berbeza. Same goes to me, ternyata sangat berbeza. Mengandung kali ke 2 sis lebih mudah dah sihat berbanding Ali dulu..Alhamdulillah. TQ so much ya Allah.


Antara perbezaan mengandungkan Ali dulu dengan kali kedua ni:



  1. Sakit Pinggang - Kandungan kali ke 2 ni jarang2 sangat rasa sakit pinggang berbanding 1st time dulu, kalau dulu awal pregnancy dalam 2 bulan dah start sakit sangat pinggang rasa macam nak terbelah dua badan weih. Malam2 pon nk tidur rasa tak selesa sakit😩😩
  2. Cramp Kaki - Pun jarang2 cramp kaki for this time. So nak tidur pon selesa tak tergangu sangat. kalau dulu, sikit2 sis kejut suami kat sebelah suruh betulkan kaki masa cramp tu...hahaha what a memory 😙
  3. Naik Berat Badan - Kenaikan berat badan sedikit slow berbanding mengandungkan Ali dulu. kalau Ali dulu berat naik 20kg ok. sekarang dah 6 bulan masih belum cecah kenaikan 10kg so agak slow sikit kenaikan berat tu tapi tak tau lah dah 9m nanti tetap naik 20kg..muahahah🙊
  4. Morning Sickness - ha yang ni agak something new for sis, sebab masa mengandung kali pertama langsung tak ada morning sickness sampai sendiri yang confused kenapa aku tak muntah2 eh..  rupanya Allah nak bagi rasa penangan morning sickness tu masa mengandung kali ke 2. 1st trimester untuk second pregnancy memang ada muntah2 kadang siang, kadang2 malam tapi masuk 2nd trimester tu memang hilang lah rasa mual nk muntah tu semua. Alhamdulillah lah kiranya tak lah lama sangat merasa penangan morning sickness. 
  5. Kepenatan & Ketenangan - Dua-dua penat boleh? hahaha tak lah dulu tak penat sangat ye lah belum ada anak just bawak anak dalam perut pi kerja balik kerja pastu rehat lah kat rumah. For second pregnancy, dah ada abg ali yang bukan main bijak dan active so mestilah level kepenatan tu dah bertambah 200% .hehehe  sekarang balik2 kerja standard sampai taska Ali dalam pukul 6:30 petang, so ambik Ali jalan kaki , sampai rumah uruskan dia jap dan siapkan dinner, then main2 dengan dia dan mandikn dia semula sebelum tidur so agak penat jugak lah. tapi dari segi ketenangan tidur sangat beza dulu dan sekarang. klu dlu sis susah nk tidur dengan tenang, asyik terjaga, tpi kali ni sis akui penggunaan essential oil YL sangat membantu sis dan anak. kalau penat selalu kita tidur berdengkurkn? tapi alhamdulillah sis menikmati deep sleep tanpur dengkur..yepiiii dan klu nak tidur kan Ali awal sis selalu sapukan dia EO lavender + RC so bila dia tidur awal sis pon dapat tidur awal. dan tidur malam sis diffuse kan eo yang membantu untuk deep sleep. for my belly, sis guna gentle baby EO. sis suka sangat bau dia😍, dan memang rasa tenang nya bau kejap sebelum nak tidur dan sapu di perut for my baby kat dalam. inshallah baby keluar nanti pon tenang je tak banyak ragam..aminn doa kan tau😘

Thursday, 12 July 2018

HB Rendah? No more dengan Sangobion!

                                                   Assalammualaikum .                                         

                                          Salam Syawal 29, 1439 Hijrah.



Hi semua ! ada 1st time mommy to be tak  kat sini? atau tak kisahlah 2nd or 3rd time pregnancy korang..

Siapa sini time pregnant HB rendah je? asal checkup kat KKIA result HB selalu bawah 10??? Ada? kita geng!!!!haha

Sis pon tak terlepas dari masalah HB rendah atau Anemia waktu pregnant. Anemia atau HB rendah berlaku di sebabkan daripada kekurangan nutrisi yang diambil sejak awal kehamilan ataupun sebelum kehamilan. So, Bahaya tak kalau HB rendah time pregnant ni?? Of course ada risiko pada kandungan dan ibu mengandung kalau HB rendah. Nak tahu lebih lanjut pasal bahayanya Hb rendah masa pregnant ni. korang boleh bagi kat sini Bahaya HB rendah semasa mengandung

So FAHAM kan bahaya nya HB rendah ni!

Pengalaman sis sendiri, masa 1st pregnancy dulu. HB rendah buat sis rasa nak pitam sokmo. dapat2 time 1st trimester. Bayangkan dulu kena jalan dari tempat parking ke office dlm 15minit perjalanan. Sis memang menahan lah rasa nak pitam tu supaya tak rebah. Bila rasa nak pitam, sis pon mula lah dok cari tempat yang boleh sis duduk kejap supaya tak pengsan tengah alam.  Bila Checkup KKIA pulak, memanjang pen merah result HB selalu bawah 10. nurse pon akan mula bagi consultation suruh makan banyak kerang, ikan bilis, hati ayam dan lain2. sis dah cuba ye makan tu semua tapi tak membantu sangat masih HB rendah, selain tu sis cuba jugak makan pati delima, vargin coconut oil tpi macam tu jugaklah.  Nurse KKIA ada suggest makan ubat naikkan HB nama ubat tu Iberet Folic - 500, sis beli dan cuba.. naik sikit lah tapi sikit sangat tak berapa memberangsangkan. Sis tak berapa lalu nak telan iberet ni, rasa nak termuntah. tapi gigihkan jugaklah telan. Satu yang sis perasan bila telan Iberet ni, urine akan very yellow dan macam sembelit sikit pon ada. not sure kebetulan atau memang tu salah satu kesan makan ubat tu.

Untuk prengnancy ke 2, macam biasalah HB rendah kembali. Few days sebelum sis tau sis pregant. Sis dan office-mate ada lah nak pi derma darah anjuran PPZ dibawah KKM. Sis pon dengan rasa gembira nak lah dermakan sedikit darah sis pada yang memerlukan. Tapi, malangnya 1st step sis dah gagal untuk menderma. lepas isi form check HB. Nurse terus cakap. maaf puan. HB puan rendah tak boleh menderma. Sis pon alamak, HB rendah lah pulak time ni tak perasan pulak HB rendah sebab pregnant time tu. hehe

Once je tau sis pregnant, sis pon ajak en.husband shopping kat farmasi beli supplement untuk ibu mengandung. So mcm biasalah apa yang sis cari is acid folic, calcium dan ubat  yang boleh naik kn HB. so tgh belek2 supplement tok HB sis mencari jugak lah mana iberet folicnya. tnya orang kat kaunter dia cakap dah habis. so sis pon try lah cari other supplement yang sama fungsi dengan iberet, dok perati tu nampak lah box SANGOBION COMPLETE , bila baca  box tu...ok ni lah yang aku cari...nampak kan dia tulis apa. ..increase hemoglobin level in body. so senang cita Sangobion ni capluse vitamin & mineral untuk rawatan anemia atau kekurangan iron.




Lepas dah consume Sabgobion ni memang nampak lah bezanya sis tak rasa sangat nak pitam compare dengan 1st trimester pregnancy dulu dan apa yang bestnya. 1st checkup sis dia KKIA sis dengan rasa syukurnya bila check HB nurse kata ok HB cantik. 11.8. wahhhhhhhh masa ni mcm. apa nurse ulang sekali lagi.berapa bacaan tadi??hahaha maklumlah selalu 9 bacaan sis. kli ni 11 kan cantik..kita suka.hehe

Untuk 2nd checkup pon alhamdulillah, bacaan lebih cantik. 11.4 lega sangat tak perlulah sis nak kena makan kerang tu semua..sis bukan tak suka kerang tpi rasa gatal sikit kalau makan sea food .so sis memang pangkahlah kerang.  Alhamdulillah sangat dah ada solution untuk masalah HB sis ni. takde lah sis berdebar je bila nk kena check HB kat KKIA.hehe . So pada yang ada masalah HB tu , cuba lah try Sabgobion ni. Highly recommended sangat. Rasa dia better dari iberet, tak de lah rasa nak termuntah dan urien pon edok le yellow semacam. Harga pulak tak silap sis dalam RM20 lebih satu box. sis guna untuk 3 bulan sebab sis bukan ambik 1 biji sehari. sis cuma ambik 3 biji seminggu especially a day before pergi checkup...hehehehehe


Ok sekian dulu. Dah pukul 12 ni,sis nak keluar lunch dah. bye! jumpa di next entry ok!

Friday, 1 June 2018

Mengandung Kali Ke 2

                                                       Assalammualaikum . 
                                            Salam Ramadan 16, 1439 Hijrah.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di kurnikan rezeki untuk mengandung kali ke 2. Seperti yang kami rancang , kami akan tambah anak bila Ali dah nak 2 tahun. Sesungguhnya Allah itu sebaik perancang, Allah kurniakan kami rezeki ke dua sesuai dengan niat kami iaitu nak tambah anak selepas 2 tahun bagi memastikan kami dah berikan kasih syg, perhatian  dan masa yang secukupnya untuk Ali. Sekarang dah masanya untuk Ali ada adik supaya ali akan rasa lebih nikmatnya kehidupan ni dalam keluarga ada mak, ayah dan adik beradik. Inshallah Ali akan jadi abang yang baik buat adik2 Ali nanti.


Genap 2 minggu selepas birthday Ali sis dah start check pregnancy test sbb dah rasa pening2 mual tak sudah. Dan alhamdulillah check je pagi tu terus double line pada pregnancy test. so sis kata betul lah apa yang sis rasa. Mual2 pening tu memang sah lah sis pregnant. Lepas dah confirm double line sis terus whatapps husband bagi tau confirm pregnant, tak dapat nak bgi tau depan2 sbb masa tu abah Ali busy cari barang masak untuk majlis birthday Ali. Dan kegembiraan kami hanya kami berdua sahaja yg tau. kami tak beritahu sesiapa termasuk mak dan mak mertua sis. ye lah....awal lagi kan better kalau simpan dulu nanti dah kuat sikit baru lah announce. 


So untuk Pregnancy kali ini, totally berlainan dengan masa sis mengandungkan Ali. Kalau dulu tak ada morning sickness, tak sensitif dengan bau, selera nak makan..tapi kali ni lain ok. Sis dah start morning sickness at week 5. Pening tu biasalah kan tapi dulu tak lah sampai muntah. sekarang  batuk2 sikit nak muntah..makan pon tak berapa nak lalu. makan sikit2 je. sbb entah lah memang mcm tak boleh nk makan..part yg paling mcm pelik sis tak lalu nk makan karipap..padahal karipap tu favorite sis kot. bila memasak pulak, rasa nk mual dan nk muntah dapat2 bila masak nasi goreng. tapi sis  gagahkan diri jugaklah masak untuk suami..tanggungjawapkan..

Saat sis taip entry ni, kandungan sis dah pon nak memasuki 3 bulan.Kiranya my 1st trimester ni di bulan ramadan. sebelum nak masuk ramadan terfikir jugak mampu ke aku nk puasa dengan pening2 nya, selamat ke anak dalam perut ni kalau aku puasa?? selepas dah google & dah dpt input knowledge sikit2 pasal boleh tak ibu mengandung berpuasa..sis pon tanamkn niat nk cuba puasa..klau tak larat sis bukak je lah nanti.


So 1 ramadan pon bermula, sis sahur mcm biasa dgn en husband, sis berpuasa mcm biasa siang harinya ok lah tak rasa lapar dahaga cuma pening mabuk tu ada dan sis sgt tak selesa. sis banyak baring dalam surau office bagi kurangkan rasa pening. menjelang jam 4 petang sis dah rasa angin naik kepala menyebabkan rasa nk muntah yg amat. sis kuatkan diri jugak cuba bertahan sbb dah ptg kn rugi kot kalau berbuka. jam 5:30 sis dah habis waktu berkerja, kebetulan sis balik keja hari tu tumpang  office mate. bila dah pening kepala tpi berborak2 bertambah sakit kepala dan rasa nk termuntah yang teramat sgt, tpi terpaksalah tahan tak kan nk muntah dalam kereta org kan. mati lah nakk! keluar je dari kereta sis terus tekup mulut tahan dari muntah cpt cari longkang dan mengeluarkn apa yang patut.. huhu sungguh sis rasa tak daya sgt rasa nk baring je tak nak jalan dah tapi sis terpaksa gigih berjalan untuk ambik ali dari taska pulak. dengan langkah longlai sis sampai ke taska. dan the worst part is sis terus duduk kat dpn pintu taska tunduk sbb pening sgt kepala tak tahan :( dah rest dlm 5 minit sis bangun nak jalan bawak ali balik rumah pulak..tapiiii si ali tak nak berjalan pulak..ya ampun sis dah pening mcm mana nk dukung dia mau pengsan sis nanti. sis pujuk ali untuk jalan dan ali pon jalan slow2 ke laluan balik rumah sampai satu rumah ni ali berhenti duduk kat tangga rumah tu (dia memang suka duduk kat tangga tu) sis pon duduk sebelah dia jugak sambil tenang kan diri yang kepeningan dan 5 minit berehat baru kami sambung jalan balik rumah...gitu lah drama 1 ramadan sis. penuh dgn aksi nk muntah dan pening.hahaha


ok Got to Go! kita sambung di entry lain nanti. Bye! Assalamualaikum 


Friday, 12 January 2018

Pengalaman Bersalin Anak Pertama : Muhammad Ali Al - Huzaify


Assalammualaikum . 
Alhamdulillah selamat sudah melahirkan anak pertama kami pada 13 April 2016

Sebelum sis lupa pengalaman bersalin buat pertama kalinya, ada baik sis taipkan dalam blog supaya sis boleh recall balik moment2 indah melahirkan Muhammad Ali Al Huzaify kami. 


FYI, EDD date sis adalah 17 April 2016, tapi Ali nak kluar 4 hari awal sebelum EDD dia..heheh tak sabar nak tengok umi abah ye. Ok back to the track, memandangkan EDD sis dijangka 17 April jadi sis pon seronok lah berjalan ke sana sini kira excercise lah bagi senang bersalin. ok kita cerita dari 11 April ye which is 2 days before sis bersalinkan si Ali


Isnin, 11 April 2016

Sis seronok kemain berjalan bersama2 suami, mak dan abah mertua ke Dengkil. Petangnya pulak kami ke IKEA Cheras, sis layan kan lah mak mertua nak jalan2 ke ikea dan tengah jalan berpegangan tangan dengan encik suami tetiba rasa nak shi2..sis pon ke toilet dan tgk2 ada blood show kat panty liner. Sis cuak dan terus bagi tau husband lepas tu. tak lama lepas tu kami pon balik rumah cepat takut sis terbersalin pulak kat dalam ikea tu. nayaaa tak pasal2 kan. so balik lah mandi dah prepare kot2 malam ni bersalin ke. Malam tu sis tidur macam biasa tak ada langsung rasa sakit nak bersalin atau pecah air mentuban..Dalam hati berkata mungkin blood show sebab banyak berjalan tadi je kot dan memandangkan tak ada langsung rasa sakit jadi sis pon sambung tidur dengan lenanya hingga esok hari


Selasa, 12 April 2016
Sis lalui hari selasa macam biasa, sis tak keluar rumah buat kerja rumah je takut terbesalin kat luar. Waktu ni husband pon ada sekali kat rumah tunggu due. Jam 1:30 pm sis dan husband dah get ready nak solat zohor berjemaah. lepas selesai solat sis cakap dengan husband nak tidur kejap nak rehat dan tolong kejut kan nanti. Tengah bersedia nak naik katil tiba2 rasa macam air keluar dari faraj. dalam hati ..owh apakah itu? ok anak aku dah nak keluar ke tu? terus pi toilet dan tengoh blood show lagi kat panty liner dan panty liner basah. ok masa ni terus panggil en suami dan bagi tau "rasanya ain bersalin dah ni abg, keluar blood show lagi dan panty liner basah keluar air mentuban sikit". Husband blur.. mungkin blur sebab eh  tak sakit pon bini aku ni betul ke nak bersalin ni dan dalam blur2 tu husband pon cakap abg buat air selusuh eh. suami pon ambik wuduk dan botol air berisi air letakkan di sejadah dan suami pon mula baca surah al-fatihah, surah al- hasyr ayat 21 - 24, selawat syifa' doa selusuh dan doa dipermudahkan bersalin. Selesai buat air selusah, sis pon update mak bagi tau rasanya dah nak bersalin ni. sis tanya mak dah kena hospital tak mak ? Mak cakap kalau belum sakit biasanya lama nk kena tunggu tu tapi ada baik pergi hospital dan keluar tanda tu memang dah nak bersalin dah tu. Masa pon bergerak dah ke jam 5 petang. Sis cakap dengan husband memandangkan tak ada langsung rasa sakit kita pergi klinik lepas solat jemaah isyak nak? suami pon setuju sebab tengok tak ada lagi dah air dan darah keluar, jadi dia pon setuju lepas isyak kita ke hospital bersama buku pink dan beg keperluan nak bersalin. 

Dalam perjalanan nak ke hospital, sis cakap dengan husband boleh tak kita cari kurma dulu?? kami pon berhenti di kedai arab di kawasan taman dagang ampang.Lepas beli kurma sis ckp tergoda lah bau kebab arab kat tepi kedai kurma tu...nak beli kebab dulu boleh x? encik suami layan kan je. kami makan berdua kebab di dalam kereta dan lepas selesai terus ke hospital ampang.

Jam 10 malam, Sampai je di hospital ampang, sis terus ke PAC bahagian dewan bersalin. Perasaan sis masa tu jangan cakap lah nervous dan takut weih dengan rasa confius kenapa tak rasa sakit lagi ni..bila nak rasa sakit? betul ke nak bersalin ni? senag cita macam2 lah uolls..

selesai register nurse mintak tukar baju nak check bukaan. Sis baring atas katil terus perut di lilitkan dangan alat ala2 tali pinggang untuk detact heartbeat baby  tak silap sis. Nurse check bukaan dah 4cm masa sampai hospital..nurse interview sikit2 dan sis kena marah sikit dengan nurse..nurse cakap kenapa baru sekarang awak nak datang dari lepas zohor awak dah ada tanda nak bersalin??sekarang ni awak kena masuk ke labor room tok bersalin sebab air mentuban dah makin kurang.hurmmm sis rasa bersalah masa tu tak berani nak cakap banyak sebab memang salah sis kan. jadi dengar je lah teguran nurse tu. Nurse kata sekarang LB penuh jadi dah ada kosong nanti kita panggil awak masuk tok bersalin ok..dalam waktu menunggu tu turn sis tok masuk LB tu sis dan husband duduk berdua minum milo, makan kurma banyak sikit supaya ada tenaga nak meneran nanti. 

Jam 11:30 malam, nurse panggil untuk duduk di wheel chair dan bersedia tok naik ke LB. Sis naik dulu sementara husband uruskan hal bersalin dengan pihak hospital dan tak lama lepas tu husband naik masuk LB. dalam LB nurse pasangkan IV drip di tangan, dan alat yang sama masa di PAC untuk check condition baby. datang beberapa kali untuk check bukaan, nurse pesan kalau nk kencing panggil dia.tah berapa kali sis rasa nak kencing tu jangan cakap lah sis asyik mengadu kan husband rasa nak kencing lagi lah abg". siapa yang mengandung mesti faham kan. lagi nak hujung2 lagi kerap nak kencing kan... 

Rabu, 13 April 2017
Jam 12:40am lepas nurse check bukaan datang pulak seorang doc pelatih perempuan doc cakap " puan saya nak pecah kan air mentuban puan ye" sis pon ha? blur2 sotong tapi sempat tanya doc jugak..doc bukan ke air mentuban saya dah keluar ? doc cakap aah dah keluar tapi saya akan pecahkan bagi keluar habis semua..sis pon owhhh ok doctor. dengan rasa malu2 nak kangkang sis relakan jugak lah dia pecahkan air mentuban tu..selesai part tu nurse datang balik chech sis..

nurse tanya dah rasa sakit tak? sis cakap belum nurse tak rasa sakit lagi. Nurse pon bagi tau yang dia akan induce bagi cepat bersalin sebab baby dah kurang air takut nanti lemas. sis pon ok nurse baik boleh. nurse cakap lagi nanti kalau sakit awak sedut gas kat tepi katil tu bagi hilang rasa sakit ok.... so nurse pon bgi inject dos induce dan bia kan sis rasa sakit..dalam jam 2 pagi sis dah start rasa sakit dan cakap dengan husband sakit..husband ckp sabar, tarik nafas, mengucap dan selawat banyak2. time ni sakit dan mengantuk datang serentak time contraction datang sakit tu sakit tapi mengantuk weih mamai rasa..hehehe ye lah kol 2-3 pagi tu kan waktu tidur mau tak ngantok..dalam jam 4 pagi,nurse datang lagi check bukaan masa ni bukaan dah 8cm. sis teramat lah mengantuk masa ni tidur lah sis sambil melayan sakit yang datang kejap2.waktu ni dengan husband sekali dok tertidur teman bini yang syok tidur. 

Tak pasti dalam jam berapa, doc pelatih yang pecahkan air mentuban tadi keluar masuk check bukaan sis. masa ni bukaan dah 10cm tak silap sis. tak lama kemudian datang seorang lagi doctor perempuan (ni doc betul) masuk berbincang dengan doctor pelatih tadi dan sebenarnya agak kuat apa yang diorg bincangkan sampai sis terjaga dari tidur sebab dengar doctor hospital tadi marah doctor pelatih ayatnya macam ni " who are you to decide to proceed with operation? bukaan patient dah 10cm we can go for normal delivery" ha..kat sini dapat lah sis agak yang mungkin doc pelatih tadi nak advise tok bersalin secara czer. ok nasib baik sis tak perlu bersalin czer. mgkin sis dah lama kat LB jadi cara paling cepat tok bersalin is secara czer..isyh2 mana boleh macam tu kan.lain lah bukaan langsung tak bergerak dah 10cm kot. should be ok kalau nak besalin normal. 

Masa bergerak, Jam dah pukul 6:30am dan sis masih belum bersalin tapi sakit macam tadi jgk lah makin kejap2 datang tapi rasa mengantuk menandangi rasa sakit nak bersalin. hehe memang  tak bleh bla kan boleh lagi fikir pasal nak tidur time ni. keadaan LB room makin busy kepala baby dah nampak keluar jadi masing2 dah sedia untuk sambut baby. waktu ni sis masih mengantuk tapi mamai dengar nurse cakap dengan husband..encik dah solat subuh? kalau belum encik solat dulu lepas encik solat baru kita sambut baby ye..dalam 20 minit lepas tu, muncul lah husband sis balik dari surau ..masa ni sis rasa lega sebab husband sis tak terlepas moment tengok bini dia nak bersalin.hehe. Jam dah pukul 7:00am dua doctor bersalin masuk sama2 nak tolong sis bersalin kan our 1st baby. Doc mula bagi kata semangat " puan baby puan dah nak keluar, kepala dah nampak puan" puan saya kira 1,2,3 puan teran ok..dalam mamai sis cuba ikut apa doc cakap. Doc mula bagi tau" puan tolong jangan tidur, puan bersalin dulu nanti baru tidur..saya kira sekali lagi nanti puan teran ok... again 1,2,3 teran puan.. sis mula curi nafas dan teran ikut arahan doctor..suami pon bagi semangat suruh teran lagi baby keluar..dalam jam 7.15 doc cakap "puan saya terpaksa gunting sikit faraj puan ye kita tolang baby keluar cepat ye" masa ni memang tak rasa langsung kena gunting ke apa yang sis dengar dah lihat hanyalah keadaan LB yang busy dan bising. tiba2 doc bawak satu alat macam kuda2 mintak sis letak kaki kat pad tu dah tarik tali sekuat mungkin sambil teran. sis angguk tanda faham dan Sekali lagi doc cakap "puan ok sy kira sekali lagi,  puan teran habis2 ye sikit je lagi baby nak keluar puan. teran ok...1, 2, 3 teran ,bagus, teran lagi puan. lagi puan bagus sikit lagi teran puan. ok baby dah keluar tahniah puan"....... alhamdulillah syukur tepat jap 7:25am lahirlah anak pertama kami seberat 3.36kg cukup sihat. syukur ya Allah. dalam kepenatan lepas meneran nurse bergerak pantas tunjukkan anak sis sambil cakap " tahniah puan, ni anak puan ye bayi lelaki" sis mampu angguk lemah je sebab rasa mengantuk masih menguasai sis dah macam kena dadah dah rasa dia mengantuk kemain, org kata kesan dari gas yang sis sedut tu. sis terus kan tidur sis dengan mata terbukak sebab terpaksa dengan penerangan nurse yang tengah jahit jahitan bersalin tadi.

Sambil nurse jahit, nurse terangkan jangan makan apa2 untuk luka dibawah ye puan. jangan sapu minyak gamat ke, makan pati haruan ke. tak perlu. luka tu akan baik sendiri. kita akan bekal iodine untuk puan sapu diluka jahitan. sis angguk tanpa banyak soal. sambil sis dijahit, nurse yang lain uruskan anak kami yang baru lahir tadi. dibersihkan, balut kemas dan letak kan tag pada kaki Ali dengan matching tag yang sama ditangan sis..supaya tidaklah berlaku drama sinetron tukar anak bagai.huhu


TBC