Hello readers!
Saat aku taip enty ni..Kandungan dah pon masuk 4 Bulan 2
minggu..aku pelik sebenarnya, semalam (3hb November 2015) buat checkup nurse
bagitau kandungan aku dah 17 Week sedangkan aku kira baru 16 week. Tapi tak pe
lah dia lebih arif bab2 ni kan..lagipon perut dah rasa makin membesar kalau
jalan tu memang nampak kebuncitan tu..haha xmampu dah nk berselindung
lagi..mueheheh
As for today aku nak share pengalaman 2nd checkup. Untuk
checkup kali ni nurse dah pesan masa 1st checkup hari tu aku kna puasa
sekurang2 nya 8 jam tok ambik darah. Ambik darah ni tujuannya tok diorg nak check
kita ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM)tak..apa tu GDM? Ok ni perkongsian
ilmu dari laman web babycenter.
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes
GDM. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa
kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan
sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan
oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
* mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk
tenaga;
* membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin
untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan
seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda
akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda
menghidap diabetes gestasi.
GDM selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda
dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur
hidup.
Paham??
Mesti lah paham kan..hehe. ok smpai je KKIA lepas dah daftar
terus aku ambik cup kosong tok urine test..urine test ni tiap kali dtg memang
kita kena buat spya nurse dpt pantau kita dah baby. So, cup kosong tdi aku pon
gi tadah shi2 cenonet asal lpas tok buat test je..huhu nurse pon akn compare kn
wrna strip test tu dgn botol yg ada indicator level mcm ni..
Dah buat urine test nurse akan ambik darah pulak. Yg ni diorg
akan buat dua kali tau..yg 1st trip nurse ambik darah then soh minum air gula
dlm stu cwan mcm tu..air gula tu manis sesangat weh. Nak loya rasa tpi gigihkan
jugak telan sampai abis. Aku telan terus air gula tu cpt2 dgn dua kli
nafas..huhu nk buat sekali nafas mau tersembur plak air tu kang..msa nk minum
tu tgk ramai jgk lah mummy to be yg masing2 pegang cawan kena minum air gula
tu..aku tgk diorg gaya tengah minum air kopi, minum sikit2 ala2 menikmati
gitu..huhu..ikut lah cara masing2 kan asalkan minum smpai habis. Dah habis
minum aku duduk tnggu turn nom dipanggil tok checkup dgn nurse..so mcm biasa
lah checkup kali ni nurse ambik bacaan BP lpas tu soh baring..ha kli ni aku
blur2 sotong sekali lagi..baring nk check breast lagi ke?? Aku pon tnya kita
nak buat apa ni nurse? Nurse pon habaq..owh klu kena baring ni tak de buat
benda lain selain check perut..so nurse pon tekan2 lembut kt perut rasa
kedudukan rahim kita sma ada sedang elok je kedudukan dia ke tinggi sangat ke tau rendah sangat. For me, nurse tekan2 tak cakap apa maknanya normal.
Dah abis check perut, nurse pesan jgn makan minum lagi tau
sebab lepas dua jam minum air gula, diorg akan ambik sekali lagi darah tok
tgk darah kita bertindak balas tak dgn air gula tadi. So tunggu lah mak jemah
sekali lagi tok ambik darah kali ke dua. Dah smapi turn nurse pon cucuk dan tarik
satu pam darah..nurse cakap bulan dpn checkup baru bleh tau result ada kencing
manis ke tidak ye..sekarang awk dah boleh balik makan dan minum macam biasa..
Yepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dah boleh makan..haha . Lapo benor dah masa tu wehhhh.
Ha gitu lah cerita pengalaman minum air gula a.k.a check
kencing manis.
SEKIAN.