Pages

Monday, 16 November 2015

2nd Checkup | Ambik Darah dan Minum Air Gula



Hello readers!

Saat aku taip enty ni..Kandungan dah pon masuk 4 Bulan 2 minggu..aku pelik sebenarnya, semalam (3hb November 2015) buat checkup nurse bagitau kandungan aku dah 17 Week sedangkan aku kira baru 16 week. Tapi tak pe lah dia lebih arif bab2 ni kan..lagipon perut dah rasa makin membesar kalau jalan tu memang nampak kebuncitan tu..haha xmampu dah nk berselindung lagi..mueheheh

As for today aku nak share pengalaman 2nd checkup. Untuk checkup kali ni nurse dah pesan masa 1st checkup hari tu aku kna puasa sekurang2 nya 8 jam tok ambik darah. Ambik darah ni tujuannya tok diorg nak check kita ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM)tak..apa tu GDM? Ok ni perkongsian ilmu dari laman web babycenter.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes GDM. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
* mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
* membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.

GDM selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Paham??

Mesti lah paham kan..hehe. ok smpai je KKIA lepas dah daftar terus aku ambik cup kosong tok urine test..urine test ni tiap kali dtg memang kita kena buat spya nurse dpt pantau kita dah baby. So, cup kosong tdi aku pon gi tadah shi2 cenonet asal lpas tok buat test je..huhu nurse pon akn compare kn wrna strip test tu dgn botol yg ada indicator level mcm ni..

Dah buat urine test nurse akan ambik darah pulak. Yg ni diorg akan buat dua kali tau..yg 1st trip nurse ambik darah then soh minum air gula dlm stu cwan mcm tu..air gula tu manis sesangat weh. Nak loya rasa tpi gigihkan jugak telan sampai abis. Aku telan terus air gula tu cpt2 dgn dua kli nafas..huhu nk buat sekali nafas mau tersembur plak air tu kang..msa nk minum tu tgk ramai jgk lah mummy to be yg masing2 pegang cawan kena minum air gula tu..aku tgk diorg gaya tengah minum air kopi, minum sikit2 ala2 menikmati gitu..huhu..ikut lah cara masing2 kan asalkan minum smpai habis. Dah habis minum aku duduk tnggu turn nom dipanggil tok checkup dgn nurse..so mcm biasa lah checkup kali ni nurse ambik bacaan BP lpas tu soh baring..ha kli ni aku blur2 sotong sekali lagi..baring nk check breast lagi ke?? Aku pon tnya kita nak buat apa ni nurse? Nurse pon habaq..owh klu kena baring ni tak de buat benda lain selain check perut..so nurse pon tekan2 lembut kt perut rasa kedudukan rahim kita sma ada sedang elok je kedudukan dia ke tinggi sangat ke tau rendah sangat. For me, nurse tekan2 tak cakap apa maknanya normal. 

Dah abis check perut, nurse pesan jgn makan minum lagi tau sebab lepas dua jam minum air gula, diorg akan ambik sekali lagi darah tok tgk darah kita bertindak balas tak dgn air gula tadi. So tunggu lah mak jemah sekali lagi tok ambik darah kali ke dua. Dah smapi turn nurse pon cucuk dan tarik satu pam darah..nurse cakap bulan dpn checkup baru bleh tau result ada kencing manis ke tidak ye..sekarang awk dah boleh balik makan dan minum macam biasa..

Yepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dah boleh makan..haha . Lapo benor dah masa tu wehhhh. 

Ha gitu lah cerita pengalaman minum air gula a.k.a check kencing manis. 

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment